suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jiggy & Dhabitah timang anak sulung, lalui detik cemas komplikasi tali pusat ketika bersalin

Jiggy dan Dhabitah selamat timang cahaya mata sulung.

PENANTIAN selama tiga tahun pelawak dan pengacara Jiggy Masin bersama isterinya yang juga penerjun negara, Dhabitah Sabri akhirnya terjawab apabila pasangan itu selamat menimang cahaya mata sulung pada 24 November lalu.

Menurut Jiggy atau nama sebenarnya Mohamad Aizat Ahmad Nazri, 36, bayi lelaki itu dilahirkan pada pukul 4.33 petang menerusi pembedahan kecemasan selepas doktor mengesyaki terdapat komplikasi melibatkan tali pusat.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana akhirnya selepas tiga tahun menanti, Allah SWT memberikan rezeki untuk saya menjadi seorang ayah. Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir akan sampai ke fasa ini, apatah lagi pada usia sekarang.

Jiggy berkongsi berita baik itu di Instagram miliknya.

“Apabila bayi selamat dilahirkan, perasaan itu sukar digambarkan. Saya teruja, gembira dan dalam masa sama masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan dan isteri serta anak berada dalam keadaan selamat,” katanya kepada mStar. 

Berkongsi detik mendebarkan itu, Jiggy mendedahkan mereka pada awalnya menjangkakan proses kelahiran berlaku secara normal.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiggy tamat zaman duda, sudah nikah Dhabitah Sabri Jumaat lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Bercerai tapi tak bermusuh... Jiggy, Elly Ariffin ingat kenangan manis bersama dahulu

Bagaimanapun, demi mengutamakan nyawa serta keselamatan isteri dan anak, dia bersetuju dengan cadangan doktor untuk melakukan pembedahan segera biarpun diselubungi perasaan bimbang.

“Pada awalnya, kami menjangkakan kelahiran secara normal. Namun, apabila doktor memaklumkan terdapat kemungkinan bayi mengalami komplikasi melibatkan tali pusat, mereka mencadangkan pembedahan kecemasan.

“Sudah tentu ketika itu saya berasa risau, tetapi kami percaya kepada doktor dan keputusan terbaik untuk keselamatan isteri serta anak. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan saya sangat lega apabila melihat anak dilahirkan dengan selamat,” ujarnya.

Mengulas mengenai perasaannya selepas bergelar bapa, Jiggy mengakui emosinya kini bercampur-baur namun berazam untuk sentiasa hadir dalam setiap fasa tumbesaran puteranya itu.

Jiggy dan Dhabitah berkahwin pada 28 April 2023.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan masih belum bersedia mendedahkan nama cahaya mata mereka buat masa ini dan hanya akan berkongsi perkara tersebut apabila tiba waktu yang sesuai.

“Perasaan menjadi ayah memang sangat mengujakan, tetapi dalam masa sama ada juga perasaan bercampur-baur. Bagi saya, semua itu merupakan proses yang perlu saya pelajari dan saya mahu belajar menjadi ayah yang terbaik untuk anak saya.

“Menjadi seorang bapa bukan sekadar menyediakan keperluan, tetapi juga hadir dalam kehidupan anak,memahami dirinya dan membimbingnya sepanjang membesar.

“Buat masa ini, nama anak kami belum dikongsikan. Insya-Allah apabila tiba waktunya kami akan berkongsi nama serta lebih banyak cerita mengenai anak kami. Sekarang saya mahu menikmati dahulu pengalaman menjadi seorang ayah kerana tidak mahu terlepas setiap detik bersama anak,” jelasnya.

Untuk rekod, Jiggy dan Dhabitah mendirikan rumah tangga pada 28 April 2023.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain