suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Izzue Islam sebak Achey bakal dapat anak, bakar semangat untuk terus usaha

Izzue gembira dengan berita yang dikongsikan Achey.

PELAKON dan penyanyi Izzue Islam mengakui dirinya sudah dua kali mengalirkan air mata kegembiraan apabila mengetahui sahabat baiknya, pelawak Achey dan isteri, Anne bakal menimang cahaya mata selepas 15 tahun menanti.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36, berkata, khabar gembira itu bukan sahaja membuatkan dia dan isterinya, Awin Nurin sebak, malah menyuntik semangat buat mereka untuk terus berikhtiar menantikan zuriat.

“Sudah tentu apabila melihat sahabat saya, Achey dan Anne mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata dan bergelar ibu bapa tidak lama lagi, saya sangat gembira. Ketika mereka membuat pengumuman itu,sebenarnya sudah kali kedua saya menangis dan kali kedua saya meraikan kegembiraan tersebut.

Izzue dan isteri juga tidak berputus asa soal zuriat. 

“Sebelum mereka mengumumkannya kepada umum, mereka sudah memberitahu kami terlebih dahulu. Mereka datang ke rumah untuk membuat kejutan dengan berpura-pura mahu menghantar kuih bahulu atau makanan.

“Kemudian mereka menunjukkan sesuatu kepada Awin dan selepas itu mereka berdua menangis. Saya pun tertanya-tanya apa benda ini dan kenapa menangis, namun apabila memeluk Awin serta melihat apa yang ditunjukkan menerusi telefon, barulah kami tahu,”  katanya kepada mStar ketika ditemui pada watch party Suamiku Anak Mak di Bukit Jalil pada Khamis. 

Mengulas mengenai penantiannya yang sudah memasuki tahun ke-13 perkahwinan, Izzue menyifatkan kisah perjalanan rumah tangga Achey membuktikan bahawa tiada perkara yang mustahil. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila gurau tak kena tempat, mengaku salah saja“ - Izzue Islam anggap hos TV perlu ada panduan

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan bersentuhan penyelamat Izzue Islam berlakon babak ‘panas‘, lega prinsip dihormati

Disebabkan itu, Izzue menegaskan dia dan isteri tidak pernah berputus asa untuk terus berusaha namun dalam masa sama reda dengan apa sahaja ketentuan yang telah ditetapkan. 

“Kalau ada rezeki untuk Izzue dan Awin, mana tahu, kan? Tetapi usaha tetap perlu dilakukan. Kami tidak pernah berhenti berusaha dan tidak pernah berhenti berdoa. Yalah, 13 tahun itu satu tempoh yang lama tetapi sahabat kita, Achey selepas 15 tahun pun Allah rezekikan.

Izzue dan Awin berkahwin pada Jun 2013.

“Kenapa kita mahu mengatakan tidak dan kenapa kita mahu berhenti? Kita perlu terus berusaha kerana mana tahu mungkin lima atau 10 tahun lagi, kalau dapat, dapatlah.

“Kalau tiada, maknanya Allah mahu saya hanya berdua dengan Awin. Tetapi bagi saya semuanya okey,berdua pun okey dan kalau ada zuriat pun okey,” ujarnya.

Untuk rekod, Izzue sah mendirikan rumah tangga bersama Awin pada Jun 2013.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain