RAMAI beranggapan kata laluan yang panjang dan rumit mampu melindungi data dan akses komputer daripada dicerobohi.Namun tahukah anda pengguna Windows sebenarnya boleh menggunakan kaedah lain yang lebih mudah dan selamat untuk mengakses masuk komputer riba iaitu menerusi pin enam digit. Ciri dikenali sebagai Windows Hello itu menyediakan beberapa pilihan log masuk termasuk pengecaman wajah, cap jari dan nombor pin.Berbeza dengan kata laluan biasa, Pin Windows Hello hanya diguna pakai pada peranti tertentu sahaja. Ini bermakna nombor pin yang dicuri atau diketahui orang lain tidak boleh digunakan untuk mengakses komputer riba berbeza.Menurut laporan Agensi, pin juga memainkan peranan penting dalam sistem pengesahan moden yang dikenali sebagai passkey ataupun kunci laluan.Ia digunakan untuk mengakses data yang disimpan dalam peranti dan bukannya dihantar melalui emel seperti kata laluan biasa.Keadaan itu secara tidak langsung menyukarkan penggodam untuk memintas maklumat peribadi individu. Malah, pin turut dilindungi sejenis sistem keselamatan Trusted Platform Module (TPM) yang dikhaskan buat peranti Windows sebagai lapisan perlindungan data pemilik.Bagaimanapun, pengguna perlu memahami bahawa pin bukan bermaksud peranti kebal sepenuhnya daripada serangan siber.Sebaliknya individu perlu memastikan nombor yang digunakan tidak mudah diteka seperti tarikh lahir atau nombor berulang serta elakkan berkongsi pin dengan orang lain.