suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sewa bilik tapi macam duduk asrama, sabun pun kena label... Wanita makin rimas tuan rumah kerap ‘bertandang’ waktu senja

Tuan rumah sepatutnya lebih peka dan bertoleransi dengan penyewa. -Gambar hiasan AI

KEDIAMAN sepatutnya menjadi tempat menenangkan buat penghuninya walaupun sekadar rumah atau bilik sewa.

Namun lain pula dialami wanita ini apabila mendakwa tempat tinggalnya tidak mempunyai privasi disebabkan pemiliknya gemar 'bertandang' selain menetapkan pelbagai peraturan.

Tertekan dengan situasi itu, dia turut menyifatkan kehidupan di rumah berkenaan tidak ubah seperti menghuni asrama.

"Sudah lama pendam sebenarnya tapi itulah kadang-kadang serabut dengan tuan rumah yang mengatur semua perkara macam kita duduk asrama.

Melabel barang peribadi sama seperti seseorang menghuni asrama. -Gambar hiasan AI

Melabel barang peribadi dapat memelihara barangan setiap penghuni bilik sewa. -Gambar hiasan AI

"Suka pula datang waktu nak Maghrib, kita pula tak selesa sebab kalut nak mandi dan solat. Dia pula sibuk nak baiki itu ini," luahnya di Threads.

Lebih merunsingkan apabila pemilik tersebut adalah lelaki, sekali gus menyebabkan pergerakannya terbatas kerana perlu menunggu individu tersebut selesai melakukan tugas sebelum melakukan urusan di luar bilik.

"Kalau perempuan tak apalah, ini lelaki. Sudah satu kerja pula nak kena tunggu dia selesai baru boleh keluar," tambahnya.

  • Penyewa rimas tuan rumah mengatur semua perkara.
  • Kunjungan dekat Maghrib menjejaskan keselesaan.
  • Kehadiran pemilik lelaki membataskan pergerakan.
  • Barangan termasuk sabun perlu dilabel.
  • Netizen sarankan cari bilik sewa lain.

Bersama hantaran tersebut, dia yang menyewa bilik turut memuat naik tangkap layar beberapa pesanan dalam kumpulan penyewa mengenai peraturan penyimpanan barangan.

Antaranya, penyewa diminta menulis nombor bilik pada barangan masing-masing bagi tujuan pengemasan, manakala barang tanpa label atau tidak diketahui pemiliknya akan dilupuskan.

Arahan itu meliputi barangan di dalam peti sejuk, peralatan memasak, bekas plastik, kuali, periuk serta barangan di ruang tamu, bilik air dan sekitar rumah.

ARTIKEL  BERKAITAN: Tercakap kasar beritahu nak pindah, reaksi 'owner' rumah sewa buat wanita ini menangis... Terus terkenang arwah bapa

ARTIKEL  BERKAITAN: Menyesal bagi penyewa ‘rasmi’ rumah teres baru beli, pemilik sayu unit dilingkupkan! Sewa tak sampai 2 tahun

Malah, sabun di bilik air juga diminta dilabel bagi mengenal pasti pemiliknya, sementara penyewa dilarang meletakkan barang di beberapa kawasan yang ditunjukkan dalam gambar.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya menasihati dia supaya mendapatkan rumah atau bilik sewa lain.

"Pemilik ada hak untuk masuk rumah penyewa ke? Macam duduk asrama je, serabut tengok.

"Pernah sewa bilik dengan pemilik macam ini, setiap hari isteri dia datang dan duduk sampai petang termasuk memasak, basuh baju tapi bil air dan api tetap penyewa yang bayar," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain