suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak lelaki 10 tahun disimbah petrol, dibakar rakan sendiri hingga melecur

Perbuatan buli dalam kalangan kanak-kanak bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai gurauan biasa. -Gambar hiasan AI

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun melecur di bahagian belakang badan selepas dipercayai disimbah petrol sebelum dibaling api oleh rakannya sendiri.

Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Kalipenggung, Lumajang, Jawa Timur, Indonesia.

Ketua Polis Sektor Randuagung, Ipda Ahmad Chairul Anwar yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, insiden dipercayai melibatkan perbuatan buli itu berlaku pada 18 November lalu.

Katanya, individu yang disyaki terlibat merupakan rakan sepermainan mangsa dan mereka sering menghabiskan masa bersama.

"Kami masih memanggil saksi-saksi termasuk ibu bapa individu yang disyaki terlibat. Kes ini dirancang untuk diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Lumajang.

"Mangsa berusia 10 tahun. Buat masa ini, siasatan masih dijalankan di Balai Polis Randuagung," jelasnya.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika dia mahu pulang selepas bermain di rumah rakannya.

Bagaimanapun, hasrat mangsa untuk pulang tidak dibenarkan oleh rakannya sebelum dia mendakwa disimbah petrol dan kemudian dibaling api.

Kejadian itu bagaimanapun disedari seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum segera menghulurkan bantuan.

Api yang menyambar tubuh mangsa berjaya dipadamkan, namun bahagian belakang badannya mengalami kecederaan melecur sehingga menyebabkan kulitnya melepuh. -Agensi

 

Artikel Lain